Monday, December 31, 2012

Kereta semakin murah?

Preve yang dijual dalam harga kira-kira RM60,000 memberi pilihan kepada pengguna mendapatkan kereta dengan ciri-ciri moden dengan harga sederhana.
PERANG harga kereta di Malaysia kini semakin rancak dengan lebih banyak tawaran di bawah nilai RM80,000 sebuah bagi model sedan atau kompak bukan nasional yang pastinya mampu memberi tamparan hebat kepada pengeluar kereta tempatan.
Di Malaysia, kereta yang mampu memuatkan sehingga lima penumpang dalam satu-satu masa merupakan pilihan paling popular kerana budaya masyarakat yang suka beriadah dan pulang ke kampung bersama keluarga.
Oleh itu, perang harga, tawaran spesifikasi moden dan pakej perkhidmatan selepas jualan tertumpu kepada model-model kereta jenis berkenaan.
Sebelum ini, agak sukar untuk pengguna memperoleh tawaran kereta bukan nasional di bawah tanda harga RM80,000 tetapi bermula tahun ini, ia seperti menjadi trend baharu pengeluar kereta untuk mengecilkan nilai berkenaan demi memikat hati pelanggan.
Tahun lalu kereta bukan nasional dengan kuasa enjin 1.5L hingga 1.8L secara purata melebihi RM80,000 sebuah, manakala buatan tempatan sekitar RM50,000 hingga RM60,000 sebuah.
Namun selepas pelancaran Preve awal tahun ini dengan spesifikasi menyamai kereta bukan nasional yang bernilai RM100,000 ke atas telah mengubah landskap harga kereta di pasaran tempatan.
Harga Preve serendah RM59,540 sebuah telah memberi tekanan kepada kereta sedan lain yang cukup terkenal seperti Vios, City, Civic, Altis dan Elantra.
Kesannya, pengeluar kereta seperti Honda, Toyota, Ford, Hyundai dan Kia telah mula mengeluarkan model-model baharu yang mampu milik dan versi naik taraf (facelift) dengan tawaran pelbagai aksesori dan gajet baharu tanpa menaikkan harganya.
Perodua juga telah mengumumkan semua kenderaan baharunya akan dimuatkan dengan dua beg udara tanpa sebarang kenaikan harga.
Nissan pula telah meningkatkan lagi tekanan ini menerusi model Almera dengan tanda harga yang cukup berbaloi iaitu serendah RM66,800 sebuah.
Terbaharu, Chevrolet melancarkan kereta terbaharu Sonic dengan tanda harga yang menarik iaitu bermula dari RM76,888 sebuah.
Tidak ketinggalan, Mitsubishi telah mempertaruhkan model kompak terbaharu iaitu Mirage dengan harga serendah RM55,328 sebuah.
Walaupun dalam kategori kompak, Mirage dilihat mampu memberi tekanan kepada model paling laris di Malaysia iaitu Myvi kerana menawarkan harga dan saiz yang hampir sama.
Setelah tidak lagi dipilih sebagai rakan strategik Proton, Mitsubishi telah menyuarakan hasrat membangunkan kilang pemasangan tempatannya di sini tahun hadapan dan ini pasti mampu memberi impak positif kepada penawaran harga apabila beroperasi kelak.
Tidak dinafikan bahawa kereta baharu yang dilancarkan ketika ini menawarkan kuasa enjin yang lebih rendah, tetapi beberapa ramai yang peduli?
Faktor utama pemilikan kereta ketika ini adalah keselesaan, kualiti, kesesuaian serta penjimatan dan bukan lagi kuasa dan kelajuan seperti dahulu.
Tekanan demi tekanan yang muncul setiap bulan sepanjang tahun ini perlu dilihat dari sudut positif kerana pulangannya kepada pelanggan cukup bernilai tetapi dalam masa yang sama perkara ini boleh 'memeningkan' pengeluar kereta nasional.
Contohnya, jualan Perodua telah mencatatkan penurunan pada November dan Disember 2012 berikutan kehadiran Almera dan Mirage di pasaran tempatan.
Diharapkan persaingan sihat seperti ini dapat diteruskan pada tahun depan dengan tawaran lebih banyak kereta di bawah tanda harga RM80,000 dan pengguna akan lebih tersenyum lebar jika had tersebut berlegar sekitar RM50,000 sebuah.
Bagi pengeluar kereta tempatan, persaingan ini perlu dilihat sebagai cabaran baharu yang perlu ditempuhi dengan menawarkan produk yang mampu menawan hati pembeli dan bukannya terus mengharap bantuan daripada kerajaan.
Alangkah indahnya jika kerancakan persaingan harga kereta tempatan sama seperti persaingan harga yang ditawarkan syarikat-syarikat telekomunikasi ketika ini.

Guru wanita tiada masalah kewangan

SATU kajian yang dijalankan bagi mengukur tahap kewangan guru wanita di negara ini mendapati tahap kesukaran kewangan golongan tersebut adalah rendah manakala kesejahteraan kewangan mereka pula berada di tahap sederhana.
Kajian itu yang dibentangkan dalam kertas kerja bertajuk 'Kesukaran dan Kesejahteraan Kewangan: Kajian Kes Guru Wanita' oleh Pensyarah Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Zaimah Ramli memilih 325 orang guru wanita di Bandar Baru Bangi sebagai responden.
Guru wanita difokuskan dalam kajian itu kerana mereka mewakili hampir 70 peratus daripada jumlah keseluruhan guru yang terdapat di Malaysia.
Berdasarkan statistik Kementerian Pelajaran setakat 31 Januari lalu, jumlah guru wanita adalah sebanyak 285,299 orang.
"Hasil kesimpulan yang dilakukan daripada kaji selidik guru-guru wanita di Bandar Baru Bangi mendapati golongan tersebut tidak menghadapi masalah kesukaran kewangan serius namun kajian mencadangkan agar beberapa perkara perlu diberi perhatian bagi mengelak kesulitan kewangan pada masa depan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja dalam International Conference on Social Sciences and Humanities 2012 di UKM, Bangi, Selangor baru-baru ini.
Menurut Zaimah, terdapat petunjuk berlakunya masalah ketidakcukupan wang dalam kehidupan harian guru yang mungkin disebabkan peningkatan kos sara hidup di bandar.
"Hal ini dikesan dalam perkara 'menggunakan simpanan untuk keperluan harian' yang menunjukkan peratusan tertinggi iaitu pada skala 'jarang-jarang'," jelasnya.
Perkara lain yang wajar diberi perhatian dalam aspek kewangan guru wanita adalah 'berbelanja melebihi 20 peratus daripada gaji untuk bayaran ansuran' pada skala 'tidak pernah'.
"Kegagalan mengurus wang serta membezakan antara keperluan dan kehendak boleh menyebabkan guru terjebak dalam situasi beban kewangan yang serius," katanya.
Selain itu, ujarnya, faktor lain yang perlu diberi perhatian ialah 'menyimpan kurang 10 peratus daripada jumlah pendapatan bulanan' pada skala 'ja- rang-jarang' dan 'kadang-kadang'.
"Merujuk kepada pakar kewangan peribadi, setiap individu perlu menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan bulanan bagi menjamin keteguhan dan kesejahteraan kewangan.
"Namun pada masa yang sama, kajian tidak mengenal pasti punca kegagalan sebahagian guru-guru wanita ini menyimpan pada kadar ditetapkan," tambahnya.
Dalam pada itu, beliau menyarankan beberapa contoh tingkah laku kewangan positif yang penting dan perlu diamalkan setiap individu seperti mempunyai belanjawan peribadi dan mematuhinya, membuat simpanan secara konsisten, mengurangkan pinjaman terutama pinjaman peribadi, amalan membayar bil-bil utiliti dan ansuran bulanan tepat.
Kajian dijalankan ke atas purata guru wanita berusia 40 tahun dan separuh atau 44.3 peratus berusia 35 hingga 45 tahun dengan 92 peratus sudah berkahwin manakala 85 peratus pula daripada mereka berpendidikan lepasan universiti.
Bagi tempoh perkhidmatan, purata daripada responden sudah berkhidmat selama 15 tahun dan hampir 30 peratus berkhidmat melebihi 20 tahun.
Dari segi purata pendapatan, guru wanita merekodkan pendapatan sebanyak RM4,450 sebulan dengan 70.2 peratus mencatatkan pendapatan pada RM3,500 hingga RM4,500 sebulan manakala 27 peratus pula menikmati pendapatan melebihi RM4,500.

Wednesday, December 26, 2012

Wakafkan aset, GLC - DPIM

BANGI 23 Dis. - Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) mencadangkan agar kerajaan mewakafkan aset berharga dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada institusi wakaf di negara ini.
Setiausaha Agungnya, Mohamad Sahar Mat Din berkata, cadangan itu bagi memastikan aset berkenaan kekal dimiliki rakyat Malaysia.
Beliau berkata, aset-aset bernilai seperti ekuiti dan tanah yang diwakafkan akan diurus dan dilabur oleh institusi wakaf yang dilantik, seterusnya keuntungan yang didapati boleh disalurkan untuk kegunaan semua rakyat.
“Ini sekali gus mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan kebergantungan kepada kerajaan kerana semua perbelanjaan untuk infrastruktur, sekolah, hospital ditanggung pihak wakaf.
“Ia juga memastikan jumlah pegangan ekuiti Bumiputera dalam sektor perniagaan terjaga," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini.
Beliau berkata, kepentingan yang diserahkan kepada institusi wakaf mampu memastikan ia kekal menjadi hak milik awam kerana tiada kepentingan individu atau pihak tertentu wujud dalam syarikat terbabit, dan ini mampu mengelakkan masalah ketirisan.
“Negara seperti Turki telah membuktikan peranan wakaf sebagai penggerak ekonomi negara terbabit kerana sebahagian perbelanjaan negara ditampung oleh badan-badan wakaf yang bersifat korporat," katanya.
Mohamad Sahar berkata, banyak badan wakaf yang berjaya digerak dan dihidupkan di Turki, badan-badan ini bukan dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan tetapi komuniti.
“Ini yang berlaku sejak zaman Uthmaniyah lagi, apabila kerajaan cuma membiayai kos keselamatan seperti polis dan tentera manakala yang selebihnya ditanggung oleh badan Wakaf.
“Mereka mampu memberi pendidikan percuma kepada rakyat dan membiayai hospital hanya dengan hasil Wakaf korporat," kata beliau.
Mengambil contoh dengan apa yang berlaku di Turki, Mohamad Sahar berkata, harta wakaf di Malaysia boleh dibangunkan dengan bantuan pihak swasta bagi menambah nilai kepada aset itu.
Institusi wakaf juga disyor mengambil bahagian yang aktif dalam aktiviti pengambilalihan syarikat agar sekaligus mampu menjadi sebuah institusi yang penting dalam ekonomi negara.
“Telah tiba masanya peranan wakaf di negara ini digerakkan secara proaktif dan badan yang bertanggungjawab tidak hanya menguruskan harta wakaf yang umumnya hanya dijadikan sebagai tanah kubur atau masjid," kata beliau.
Beliau juga berharap agar badan seperti Majlis Agama Negeri mula bertindak dengan lebih proaktif bagi mengenal pasti tanah-tanah wakaf yang berpotensi agar dapat dibangunkan segera dan mampu memberi impak jangka panjang kepada negara.
Buat masa ini, kata Mohamad Sahar terdapat kira-kira 7,200 hektar tanah wakaf di seluruh Malaysia namun sebahagian besar tanah berkenaan masih tidak dimajukan.
“Kebanyakan tanah wakaf hanya dikomersialkan secara kecil-kecilan seperti sewa tapak untuk pasar malam dan diharapkan Majlis Agama Negeri dapat bekerjasama dengan sektor korporat bagi meneroka potensi yang lebih luas ke atas tanah yang diwakafkan," tambah beliau. - BERNAMA

Sejuta jemaah tunggu giliran haji


Mungkin pihak kerajaan melalui Tabung haji mula mesti memikirkan cara untuk mengatasi peningkatan jemaah yang menunggu setiap tahun. Idea dan pandangan positif anda sangat dialu-alukan.


ASB: Agihan pendapatan ASB sebanyak 7.75 sen seunit

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.
Agihan pendapatan itu meningkat sebanyak 0.10 sen seunit berbanding 7.65 sen seunit yang dibayar tahun lalu.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar pengagihan itu adalah yang tertinggi bagi tempoh lima tahun.
Katanya, pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM8.13 bilion, peningkatan sebanyak 17.5 peratus berbanding RM6.92 bilion yang dibayar pada 2011. - UTUSAN

Sunday, December 16, 2012

PBS: NUTP minta PBS dikaji, diteliti semula

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Kementerian Pelajaran mengkaji dan meneliti semula sistem pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) supaya tidak membebankan guru-guru sehingga mengganggu proses pembangunan akademik dan kokurikulum pelajar.

Presidennya, Hashim Adnan berkata, pihaknya tidak menghalang pelaksanaan PBS tetapi usaha penambahbaikan perlu dilakukan segera bagi memastikan keberkesanan sistem baharu itu.
Jelasnya, perkara itu memandangkan terlalu banyak pentaksiran perlu dilakukan terhadap sukatan mata pelajaran tanpa mengambil kira kecukupan masa yang diperuntukkan.
"Pentaksiran perlu dibuat dalam semua mata pelajaran yang mempunyai banyak topik, malah aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum turut dinilai dari segi penglibatan dan pencapaian pelajar.
"Masa yang terhad amat menyukarkan guru-guru menilai pelajar dalam kesemua topik menyebabkan sebahagian tajuk tidak dapat disampaikan kepada pelajar," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat NUTP di Hotel Vistana di sini hari ini.
Tambahnya, masalah itu wujud kerana tiada keseragaman antara sukatan mata pelajaran yang disediakan Bahagian Pembangunan Kurikulum dan pentaksiran berdasarkan skema pemarkahan Lembaga Peperiksaan.
Hashim berkata, situasi itu bukan sahaja memberi tekanan kepada guru untuk membuat petaksiran malah mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
"Sistem baharu yang diperkenalkan seharusnya membantu guru-guru meningkatkan tahap pengetahuan serta kebolehan pelajar berfikir secara kreatif dan kritis.
"Namun, perkara sebaliknya berlaku apabila guru-guru terpaksa memperuntukkan banyak masa untuk memeriksa, merekod dan melaporkan pentaksiran berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan," katanya.
Sehubungan itu, Hashim berkata, kajian dan perbincangan berterusan perlu dilakukan antara NUTP dengan Lembaga Peperiksaan dan Bahagian Pembangunan Kurikulum dalam memastikan keberkesanan sistem tersebut.
Sementara itu, Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng menyuarakan kekesalan terhadap tindakan Jabatan Pelajaran Perak yang memohon semua sekolah mengadakan aktiviti gotong-royong hari ini.
Jelasnya, pemilihan tarikh aktiviti yang dijalankan pada pertengahan waktu cuti sekolah itu adalah tidak sesuai malah membebankan guru.
"Pada musim cuti sekolah, sudah tentu guru mempunyai program lain seperti bercuti dan mengadakan kenduri yang dirancang lebih awal.
"Namun, guru-guru diminta kembali ke sekolah semata-mata menjalankan aktiviti gotong-royong yang dilakukan hanya sehari," katanya.
Beliau menambah, pihak jabatan seharusnya merancang lebih awal sebelum membuat sesuatu keputusan mengadakan program di samping memilih tarikh bersesuaian.-Utusan Malaysia

Sunday, July 15, 2012

HOT PERFUME: PRODUK HARUMAN MUSLIM NO.1

Assalamualaikum,

Lama tak update di sini, disebabkan tugasan yang perlu diselesaikan terlebih dulu..
Oleh sebab lama tak update di sini, saya nak berkongsi sesuatu..
Ok, sebenarnya dah lama saya cari ni, apa tu? sekarang saya nak kongsi tentang satu komoditi semua orang suka iaitu wangian!

Kenapa memilih wangian Hot Perfume?
Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda ‘Aku suka kepada wangi-wangian’.
Itulah kunci utama.

Orang yang suka memakai wangi-wangian secara automatik IQnya akan meningkat. Itu adalah hakikat, tetapi kalau kita pakai dengan zikir dan selawat, ini memantapkan diri dan saya rasa sesuatu yang baik dan di samping mengikut sunnah, akan memberi kehebatan dan ada kesan membangun aura manusia dan membangunkan personaliti atau sahsiah manusia. - Dr Hj Mohd Fadhilah Kamsah.
Produk wangian keluaran muslim yang bermutu ini semestinya halal, tanpa alkohol dan tahan lama.

Apa jenis produk?
Pewangi kereta dan rumah(HOT)
Pewangi badan lelaki dan wanita,(HOT)
dan pelbagai lagi produk berasaskan wangian.

Harga?
Murah. Mulai RM10 sahaja. Semua golongan mampu milik. Jadi apa tunggu lagi!

Ok, jumpa lagi…

Sunday, April 8, 2012

KUIZ PELABURAN PNB 2012

Kuiz Pelaburan PNB 2012(Sekolah Menengah) akan diadakan pada:

Tarikh: 10/4/2012

Masa: 10.00 Pagi

Tempat: ikut daerah masing-masing

serentak seluruh negara.

Saturday, March 31, 2012

Pekeliling Gaji Baru SSM 2012

gaji baru ssm

Akhirnya pekeliling gaji baru ssm 2012 telahpun keluar dan boleh di download. Okey cerita banyak tak guna..korang klik pautan dibawah untuk download pekeliling gaji baru ssm 2012.

  1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 – Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
  2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012 – Kenaikan Gaji Bagi Perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
  3. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2012 - Kenaikan Kadar Bantuan Sara Hidup

Untuk Pengiraan Pemindahan Gaji dari gaji lama SSM ke Gaji Baru SSM klik pautan dibawah:-

PENGIRAAN PEMINDAHAN GAJI BARU SSM 2012

cuma masukkan gred perkhidmatan korang, masukkan gaji lama korang dan klik KIRA…

Wednesday, March 14, 2012

SPM 2011: Diumumkan Pada 21 Mac 2012

Pengumuman Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2011

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Semakan Keputusan SPM 2011

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui SMS dengan cara berikut:-

  • SPM [nombor MyKad] [Angka Giliran SPM] dan sms ke 15888. Contoh: SPM 900104086077 BC0001A040 sms ke 15888.

Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.

Tuesday, March 13, 2012

Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Dibatalkan.

SBPA Dibatalkan.. Dato Seri Najib Razak Mengumumkan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam ataupun SBPA dibatalkan.. SBPA yang dijalankan pada 1 Jan 2012.. Sistem saraan lama iaitu Sistem Saraan Malaysia akan ditambahbaik dan dikuatkuasakan..

ISU SBPA BATAL DAN SSM KEKAL... pengumuman ini dilakukan oleh PM semasa program PERDANA MENTERI MALAYSIA SEMPENA PERHIMPUNAN BERSAMA PENJAWAT AWAM 8 MAC 2012 DI PICC PUTRAJAYA KHAMIS pada jam 9.30 hingga 10.50 pagi.

Antara pengumuman lain ialah:

1. Satu suruhanjaya ditubuhkan yang dianggotai pihak berkepentingan bagi mengkaji secara komprehensif perkhidmatan Awan. cadangan suruhan jaya akan dipertimbangkan oleh kerajaan

2. Penyelarasan gaji berdasarkan gaji Matrik SSM dan diberi peratusan kenaikan seperti berikut:-

- 13% untuk kumpulan PnP dan kumpulan Pelaksana (gred 1-54)

- 9% untuk gred JUSA A, B dan C

- 8 % untuk gred Turus 3 dan 2 - 7% untuk gred Turus 1 dan gred KSN

3. Stryktur jadual gaji SSM diubah ke Jadual Gaji Min-Maksimim.

- KGT gred 1-54=RM 80-320

-KGT Gred JUSA= kekal seperti biasa

4. Elaun COLA kawasan B dinaikkan dari RM 200 ke RM 250 sebulan.

- Elaun COLA kawasan C dinaikkan dari RM100 ke RM 150 sebulan.

- Elaun BIPK, BIW BIP dan BISP dikekalkan perlaksanaan ikut SSM

- Guru-laluan kerjaya ikut time based

Sunday, February 26, 2012

SBPA: Najib to announce outcome of SBPA review in March

24/2/2012

MELAKA: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak is expected to announce the outcome of the government review of the Public Service New Remuneration Scheme (SBPA) at a gathering organised by Cuepacs on March 12.

"Wait for it. It will not be appropriate for me to announce it today. It will not come as a surprise.

"Wait till we have the gathering. Cuepacs has agreed to organise a large-scale gathering. I will convey the outcome of the government," he told reporters after a walkabout in Melaka city today.
Najib said his meeting with Cuepacs yesterday was conducted in a cordial atmosphere and the umbrella body for civil servants is positive that the SBPA issue can be resolved.
Yesterday, the prime minister had a meeting with nine Cuepacs senior leaders at the Prime Minister's Office. Also present was the Chief Secretary to the Government, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. -- Bernama

Saturday, February 18, 2012

SBPA:CUEPACS yakin isu SBPA dapat selesai sebelum 3 bulan

14/02/2012 8:42pm

PUTRAJAYA 14 Feb. - Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) optimis hasil kajian penambahbaikan bagi Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dapat diselesaikan lebih awal berbanding tempoh perbincangan ditetapkan iaitu tiga bulan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, keputusan berkenaan bakal memberi kelegaan kepada 1.3 juta penjawat awam kerana perbincangan kali ketiga bersama Pengerusi pasukan petugas semakan semula SBPA, Tan Sri Ismail Adam dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini berjalan dalam suasana tenang.

”Kita akan mengadakan satu lagi mesyuarat pada 22 Februari nanti dan berdasarkan perbincangan hari ini saya nampak ada jalan penyelesaian sebelum 15 April,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini hari ini.

Omar berkata, pihak kesatuan berasa lega apabila Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan memberi jaminan untuk memberi pertimbangan khas terhadap lima tuntutan utama yang dikemukakan sebelum ini dalam pertemuan mereka, baru-baru ini.

Lima tuntutan tersebut adalah mengkaji semula pindaan gaji gred 54 ke bawah; mengkaji gaji penjawat awam mencapai gaji maksimum; mengkaji kekananan dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum bertukar kepada SBPA; mengkaji kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak penstrukturan semula semua gred penjawat awam.

Omar berkata, perbincangan yang berlangsung tidak terlalu menyulitkan dan pihaknya mendapati ia boleh diselesaikan dengan cara baik tanpa perlu bertegang urat.

"Pada 17 dan 18 Februari ini kami akan menganjurkan bengkel Jawatankuasa Bertindak CUEPACS di Hotel Putra, Kuala Lumpur yang akan turut disertai pegawai gred 54, Persatuan Akademik dan Persatuan Jurutera, kertas kerja yang akan dibentangkan akan menentukan segala-galanya dalam SBPA.

"Kami akan bentangkan kertas kerja yang komprehensif dan ini akan menjadi satu penyelesaian peringkat permulaan selain daripada lima tuntutan itu,'' katanya. - UTUSAN

Saturday, February 4, 2012

SBPA: CUEPACS kemuka formula


SIBU 4 Feb. - Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengemukakan formula perpindahan gaji daripada Skim Saraan Malaysia kepada Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim baru itu.

Timbalan Presiden 1 CUEPACS, Aziz Muda berkata, perpindahan gaji berkenaan mengambil kira gaji maksimum dan kekananan agar ia diterima baik oleh semua penjawat awam.

"Setakat ini kenaikan gaji penjawat awam dalam SBPA tidak jelas dan mengelirukan," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam Kesatuan Sekerja Lembaga Air Sibu (SWBEU), di sini malam tadi.

Beliau berkata, hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi iaitu sekitar AS$15,000 setahun menjelang tahun 2020 tidak akan tercapai dengan kadar gaji yang diperkenalkan SBPA sebelum ini. - BERNAMA

Friday, January 27, 2012

SBPA: Gaji Februari penjawat awam berdasar SSM

27/01/2012

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Februari akan dibayar berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), setelah kerajaan memutuskan pembayaran gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, pembayaran baki perbezaan gaji bulan Januari bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA pada 31 Januari ini juga tidak dapat dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini pada 9 Januari.

"Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula SBPA dimuktamadkan dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari 2012,” katanya.

Menurut kenyataan itu, keputusan itu juga berdasarkan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA. — BERNAMA

Sunday, January 22, 2012

BUKU PILIHAN: ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa

oleh Ustaz Azhar Idrus

Harga: RM 15.00

ISBN-13: 978-967-366-102-2

Tarikh Terbit: 13 Sep 2011

Jumlah Muka Surat : 200

Kategori:

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd

SINOPSIS

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Isu Semasa menjawab persoalan-persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam dan ada juga persoalan rumit yang mencabar pemikiran dan ilmu seseorang bagi menjawabnya. Soalan ini adalah hasil kompilasi persoalan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar Idrus. Kini ia dibukukan bagi dikongsikan jawapannya kepada tuan puan.

KANDUNGAN

Taharah, Wuduk, Solat, Puasa, Zakat, Jualbeli, Aurat, Nikah kahwin dan banyak lagi...


Jadikan buku-buku agama teman setia kita...

Berminat nak beli? Telefon atau sms: 0139203235(zuwairy)