Sunday, February 26, 2012

SBPA: Najib to announce outcome of SBPA review in March

24/2/2012

MELAKA: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak is expected to announce the outcome of the government review of the Public Service New Remuneration Scheme (SBPA) at a gathering organised by Cuepacs on March 12.

"Wait for it. It will not be appropriate for me to announce it today. It will not come as a surprise.

"Wait till we have the gathering. Cuepacs has agreed to organise a large-scale gathering. I will convey the outcome of the government," he told reporters after a walkabout in Melaka city today.
Najib said his meeting with Cuepacs yesterday was conducted in a cordial atmosphere and the umbrella body for civil servants is positive that the SBPA issue can be resolved.
Yesterday, the prime minister had a meeting with nine Cuepacs senior leaders at the Prime Minister's Office. Also present was the Chief Secretary to the Government, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. -- Bernama

Saturday, February 18, 2012

SBPA:CUEPACS yakin isu SBPA dapat selesai sebelum 3 bulan

14/02/2012 8:42pm

PUTRAJAYA 14 Feb. - Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) optimis hasil kajian penambahbaikan bagi Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dapat diselesaikan lebih awal berbanding tempoh perbincangan ditetapkan iaitu tiga bulan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, keputusan berkenaan bakal memberi kelegaan kepada 1.3 juta penjawat awam kerana perbincangan kali ketiga bersama Pengerusi pasukan petugas semakan semula SBPA, Tan Sri Ismail Adam dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini berjalan dalam suasana tenang.

”Kita akan mengadakan satu lagi mesyuarat pada 22 Februari nanti dan berdasarkan perbincangan hari ini saya nampak ada jalan penyelesaian sebelum 15 April,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini hari ini.

Omar berkata, pihak kesatuan berasa lega apabila Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan memberi jaminan untuk memberi pertimbangan khas terhadap lima tuntutan utama yang dikemukakan sebelum ini dalam pertemuan mereka, baru-baru ini.

Lima tuntutan tersebut adalah mengkaji semula pindaan gaji gred 54 ke bawah; mengkaji gaji penjawat awam mencapai gaji maksimum; mengkaji kekananan dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum bertukar kepada SBPA; mengkaji kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak penstrukturan semula semua gred penjawat awam.

Omar berkata, perbincangan yang berlangsung tidak terlalu menyulitkan dan pihaknya mendapati ia boleh diselesaikan dengan cara baik tanpa perlu bertegang urat.

"Pada 17 dan 18 Februari ini kami akan menganjurkan bengkel Jawatankuasa Bertindak CUEPACS di Hotel Putra, Kuala Lumpur yang akan turut disertai pegawai gred 54, Persatuan Akademik dan Persatuan Jurutera, kertas kerja yang akan dibentangkan akan menentukan segala-galanya dalam SBPA.

"Kami akan bentangkan kertas kerja yang komprehensif dan ini akan menjadi satu penyelesaian peringkat permulaan selain daripada lima tuntutan itu,'' katanya. - UTUSAN

Saturday, February 4, 2012

SBPA: CUEPACS kemuka formula


SIBU 4 Feb. - Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengemukakan formula perpindahan gaji daripada Skim Saraan Malaysia kepada Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim baru itu.

Timbalan Presiden 1 CUEPACS, Aziz Muda berkata, perpindahan gaji berkenaan mengambil kira gaji maksimum dan kekananan agar ia diterima baik oleh semua penjawat awam.

"Setakat ini kenaikan gaji penjawat awam dalam SBPA tidak jelas dan mengelirukan," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam Kesatuan Sekerja Lembaga Air Sibu (SWBEU), di sini malam tadi.

Beliau berkata, hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi iaitu sekitar AS$15,000 setahun menjelang tahun 2020 tidak akan tercapai dengan kadar gaji yang diperkenalkan SBPA sebelum ini. - BERNAMA