Wednesday, May 11, 2011

RHB dan Maybank Naikkan BLR 6.6%

Seperti yang dijangkakan, RHB dan Maybank secara rasmi telah menaikkan kadar BLR dan BFR sebanyak 30 basis point iaitu 0.3% bermula hari ini. Maknanya kadar BLR/BFR terbaru adalah 6.6% berbanding 6.3% yang dikenakan sejak Julai 2010. Bagi pelabur yang ada membuat loan asb dan loan rumah, kena bayar lebih sikit bermula awal bulan Jun ini.

Yang baiknya, kenaikan kadar faedah menunjukkan ekonomi semakin kukuh. Bank negara mengambil langkah ini untuk membendung kadar inflasi yang akhir-akhir ini naik dengan begitu cepat.


No comments:

Post a Comment